Friday, 26 April 2013

Hak Keistimewaan Bumiputera

Ketika perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India (Chitty Peranakan) yang telah menetap sejak 1400an).

Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan secara beramai-ramai, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.

Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan kewarganegaraan besar-besaran dan beramai-ramai kepada mereka?

Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia sebagai "hua Qiao" dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah.

Dengan itu, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan meminta kepada kerajaan ketika itu, British, untuk kewarganegaraan beramai-ramai, dengan mengambil kira sumbangan kami kepada pembangunan Malaya/ Persekutuan Tanah Melayu dan berjanji taat setia. (Zaman ketika itu, konsep "natif" / Native adalah senang : adakah anda keturunan nusantara/warga Asal (melayu, jawa, sakai, jakun) atau bukan keturunan nusantara.

British telah bersedia untuk mengiktiraf kewarganegaraan kepada orang Cina melalui Malayan Union Charter (piagam), yang mana membawa kepada 1) negeri-negeri Selat 2) Negeri-negeri Bersekutu dan 3) Negeri-negeri tidak Bersekutu untuk tertakluk di bawah Tanah Jajahan Mahkota. (Crown Colonies)

UMNO kemudian ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Suka atau tidak, mereka tidak bersedia untuk membenarkan penjajah British ini untuk memberikan kerakyatan secara beramai-ramai kepada imigran yang tidak berintegrasi/ mengasimilasi kepada budaya mereka (Saya gunakan perkataan "mereka" untuk merujuk kepada keturunan Nusantara - melayu, jawa, etc, kerana ketika itu perbezaan antara kaum sangat ketara, tiada cina yang boleh bertutur bahasa Melayu).

British mengaku kalah akibat tekanan dari UMNO. Begitu juga dengan kaum Cina. Tunku ditugaskan untuk mencari jalan tengah untuk memastikan kompromi antara orang keturunan Nusantara (melayu) & imigran dari Cina dan India ini.

Jalan penyelesaian, yang meyakinkan orang Melayu tempatan untuk megizinkan kewarganegaraan secara beramai-ramai untuk generasi pertama dan kedua orang Cina ini adalah, dengan syarat mereka diberi layanan "istimewa", maka Suruhanjaya Reid menggubal 'kedudukan istimewa' orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Orang Cina ketika itu bersetuju dan melaungkan sokongan dengan konsep ini

Ayah saya bertanya kepada saya, bila sebenarnya hakikat dan akibat dari tolak ansur/kompromi ini berakhir?

Saya beranggapan faktor UTAMA kepada perkara ini disebabkan pengekalan "kecinaan" dari datuk nenek kita. Mereka memulakan sekolah cina, mendesak untuk menggunakan bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China. Mengajar nilai-nilai Cina, membaca buku dari negara China (sebelum revolusi budaya) dan sebagainya. Tiada usaha daripada kaum cina untuk integrasi dengan keturunan Nusantara/Melayu pada ketika itu. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati, yang terus menjadi faktor UTAMA yang membawa kepada idea 'bumiputera'.

Sekiranya anda mengkaji dengan teliti konsep Bumiputera, anda akan sedar bahawa tidak banyak mengenai 'mempertahankan kepentingan orang asal (Melayu)'. Ideologi dan falsafahnya melibatan 2 aspek utama.

Pertama sekali untuk membendung 'Kecinaan'. Saudagar Cina dahulu kala amat rapat dengan penguasa British. Kita ada Nyonya Peranakan dulu-dulu yang memakai kerongsang bergambaran Queen Victoria sebagai tanda setia kepada kerajaan British (rujuk kepada Museum Peranakan Singapura). Kita juga ada dewan perniagaan Cina yang mempunyai Patron Inggeris. Ini menunjukkan bahawa, selain kawalan asing terhadap ekonomi kita, orang Cina mengawal hampir 70% daripada apa yang tinggal (Profesor Shamsul Amri berkata, dalam 50-60%).

Pendek kata, Warga keturunan Nusantara/Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan sekaligus menghakis "kewujudan" mereka. Anda tidak boleh menyalahkan mereka jika mempunyai pandangan sedimikian. Ia merupakan satu sentimen yang amat ketara dan biasa dalam kalangan kebanyakan dari mereka masa itu. Disebabkan itulah mereka memerlukan satu jaminan sekiranya mereka bersetuju memberi kerakyatan secara beramai-ramai kepada golongan imigran.

Aspek kedua, adalah perasaan "tidak selamat" dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang warga Nusantara/warga asal. Perasaan sebeginilah yang mencegah warga nusantara/Melayu dahulu daripada bersetuju untuk mengiktiraf kerakyatan generasi imigran tadi.

Dengan 2 perkara ini, Tunku harus mengorak langkah. Beliau harus membuat keputusan sama ada; menolak permintaan kerakyatan secara beramai ramai orang Cina dan India, mendesak mereka pulang ke negara asal secara berperingkat, atau pun mencari titik tolak ansur antara kedua-dua pihak.

Beliau kemudiannya, menasihati Suruhanjaya Reid untuk menggubal Kontrak/Perjanjian terbesar antara Warga Nusantara/Melayu/Warga asal & Imigran, yang dikenali sebagai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kontrak sosial).

Dengan pengenalan Perkara 153, warga Nusantara/asal berasa mereka boleh lega hati atas aspek kerisauan sebelum ini, iaitu serangan "Kecinaan" dan "rasa tidak selamat" seperti yang dinyata di atas. Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana terjamin oleh perlembagaan.

Nenek moyang kami (Cina), yang awal-awal dulu hanyalah imigran (pendatang) generasi pertama, sangat gembira dengan tolak ansur ini sebagai pertukaran kepada taraf kerakyatan secara beramai-ramai .

Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang agak sama, untuk memberi kerakyatan secara beramai ramai kepada pendatang yang langsung tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka. Asalnya orang Cina dan India tidak mahu asimilasi dan integrasi budaya, tetapi menuntut kerakyatan secara beramai-ramai. Wajarlah warga Nusantara/Melayu/warga asal menentang perkara itu. Orang Cina dan India kemudian sedar ianya berbaloi untuk bersetuju dengan perjanjian itu, memandangan mereka tiada tempat lain ingin dituju.

Atau, senario kedua, mereka kekal sebagai penduduk tetap (PR) sahaja, dan tidak mendapat kerakyatan dari orang Melayu. Sudah tentu, ianya bukan idea yang baik. Mereka menginginkan KERAKYATAN.

Bayangkan, generasi kedua/ ketiga orang Bangladesh atau Nepal atau Indonesia, yang membentuk 6-9 juta populasi Malaysia kini, menuntut hak kerakyatan secara beramai-ramai di Malaysia. Ia termasuklah kelebihan tertentu, dana, pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga HAK UNTUK MENGUNDI.

Mereka boleh saja mengungkit bahawa mereka membayar cukai, menyumbang kepada negara, membantu perkembangan ekonomi. Mereka boleh menuntut bahawa mereka dilahirkan di Malaysia dan menginginkan kerakyatan. Perlu diingat, bukan seorang dua, tapi 6-9 juta KERAKYATAN BERAMAI-RAMAI.

Apakah anda mampu memberikan taraf kerakyatan Beramai-ramai sebanyak 9 000 000 kepada mereka?

Begitulah, Warga Nusantara/Melayu/asal berpuas hati dengan pemberian kerakyatan secara beramai-ramai dahulu kepada imigran Cina dan India, selagi kedudukan mereka terjamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana dengan anda? Letakkan diri anda dalam keadaan ini.

Untuk menjawab soalan bapa saya, bilakah konsep BUMIPUTERA akan berakhir? Saya menjawab, setelah aspek "Kecinaan" dan "perasaan tidak selamat" (Chineseness & insecurity) itu berhenti menghantui mereka.

Sehingga kini, semakin ramai warga Nusanstara/Melayu/Asal yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu (bukan ramai, tetapi lebih ramai dari dahulukala).

Namun demikian, titik persamaan itu tidak cukup kuat. Lihat saja lelaki Cina yang ditumbuk di KFC, dia membuat sidang media. Lelaki ini, tidak boleh bercakap BAHASA MELAYU MAHUPUN INGGERIS. Dan saya boleh katakan kepada anda, terlalu ramai orang Cina yang sebegini di Malaysia. Begitu banyak orang Cina bandar duduk di PPR, tak boleh bercakap Melayu atau Inggeris. Kawan-kawan saya di Kedah juga begitu.

Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.

Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.

Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat.
Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.
Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, asimilasi dan berusaha mencari titik persamaan dengan orang Melayu, seperti kaum cina di negara lain (kecuali tanah besar cina, taiwan, HK dan singapore).

Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.

Tidak cukup!

Tidak cukup untuk memberitahu warga Nusantara/Melayu/asal yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.

Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.

Penyelesaian untuk Kontrak (Perkara 153) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.
Sama ada:

1) Kita mengagungkan Kontrak tersebuat buat selama-lamanya, dan juga mengamalkan tabiat berunusrkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).

atau

2) Kita Mengintegrasi atau mengasimilasikan budaya kita dengan budaya warga Nusantara/melayu/asal..

Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari lebih banyak titik persamaan dengan orang Melayu.

--------------------------------------

Diterjemah oleh (FB) Nur Amiratullyana Gazali (25 April 2013)

Tulisan asal: (FB) Tai Zee Kin (24 April 2013)

Monday, 26 November 2012

MASA

         Pernahkah kita terfikir berapa lama masa yang diberikan kepada kita untuk hidup di bumi Allah s.w.t ini ? Pernahkah kita hargai masa dan setiap saat yang kita lalui saban hari ? Pernahkah kita berterima kasih kepadaNya setiap hari sewaktu bangun dari tidur kerana telah memberi kita sehari lagi untuk hidup di bumi ini dan bertaqwa kepadaNya ?
     Baru-baru ini sering terlintas difikiran saya berkenaan perkara-perkara ini, sampai bila harus kita berkelakuan sebegini ? Sentiasa melengah-lengahkan sesuatu, tidak menghiraukan janji yang kita buat dengan membatalkan janji-janji tersebut sesuka hati dan tidak pernah menghargai masa yang kita ada. Ini semua adalah kerana manusia tidak tahu berapa lama yang mereka akan hidup, jadi mereka semua sentiasa merasakan bahawa akan ada lagi hari esok untuk mereka. Manusia ini “ALPA” bahawa Allah s.w.t akan mengutuskan Malaikat Maut untuk mengambil nyawa kita tanpa mengira usia, tempat, waktu dan pangkat. Sesiapa dan bila-bila masa sahaja kita boleh pergi meninggalkan dunia ini.
            Saya yakin, kita akan lebih menghargai hari yang akan kita lalui saban hari jika kita sentiasa berfikir kemungkinan bahawa “adakah ini hari terakhir yang kita ada” atau “ada lagikah hari esok untuk kita”. Jadi kita akan lebih menghargai masa dan hari, kita akan sentiasa melakukan yang terbaik bagai tiada hari esok untuk kita. I give you one example la :-
  * Ali mempunyai 25 tahun sahaja untuk hidup, sekarang Ali sudah berumur 24 tahun 6 bulan tetapi Ali tidak tahu yang dia hanya tinggal 6 bulan sahaja untuk hidup kerana itu lah qada’ & qadarnya. Bermakna, dia mempunyai lebih kurang 180 hari lagi bersamaan 4,320 jam atau 259,200 minit. Ali ada temujanji dengan rakannya Adam untuk bertemu pada jam 1 PM, atas disebabkan kesesakan lalu-lintas yang memang berlaku setiap hari di KL ni rakan Ali tiba disitu pada jam 1.45 PM. Secara tak langsung, Adam telah mengambil 45 minit dari NYAWA Ali diatas kelewatannya dan 45 minit NYAWA Ali yang diambil sebentar tadi tu hanya diagantikan denga perkataan “sorry bro, jalan jam oh tadi”. Andai kata Ali tahu yang dia hanya mempunyai 259,200 minit sahaja lagi untuk hidup, bagamainakah agaknya reaksi Ali ? Adakah Ali akan menunggu Adam selama 45 minit ?
            Sentiasalah berdoa kepadaNya setiap hari sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur, bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan olehNya kepada kita. Niatkanlah setiap perbuatan yang kita lakukan hanyalah semata-mata kerana Allah yang Maha Esa, barulah akan datang keikhlasan dalam diri kita.
          The moment kita lahir ke muka bumi ini we’re already walking towards DEATH my dear brothers and sisters. Sebab bila kita cakap pasal human lives then we’re talking about “LIFE SPAN” and it’s all about time, jika kita merasakan bahawa ini ada adalah hari terakhir kita, sudah pasti kita akan lakukan yang terbaik. Bila kita hargai masa kita barulah kita tahu hargai masa orang lain, masa itu tersangat2lah penting. Jadi janganlah kita merpersia-siakannya.

“Unik Itu Akan Dihargai

Monday, 19 November 2012

Camera AES


Baru-baru ni isu yang tengah hangat diperkatakan tentang camera AES, saya yakin semua orang mempunyai pendapat masing-masing. Sampaikan kerajaan negeri Selangor mengarahkan Kementerian Pengangkutan agar menurunkan camera tersebut dalam tempoh 14 hari.
Terus-terang saya katakan, saya tidak merasakan dengan pelaksanaan camera AES itu dapat menurunkan kadar kemalangan. Bab ni, memang saya setuju la dengan kerajaan negeri Selangor kerana camera AES ni banyak kekurangannya dari kebaikannya kepada rakyat. Setiap tahun kerajaan akan cuba mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia lebih-lebih lagi di musim perayaan seperti OPS Sikap, OPS Limau dan banyak lagi la tetapi adakah ianya berhasil ? Kemalangan berkurangan atau tetap meningkat setiap tahun ?
Memang bagus niat mereka untuk mengurangkan kadar kemalangan tetapi dengan menggunakan camera AES ni susahlah kalau untuk mengurangkan kadar kemalangan. Kemalangan tetap sama tapi saman yang bertambah, haha. Mereka kena cari cara lain kalau betul untuk mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia ini, kalau nak tambah saman memang cara ini berkesan la. Hehe =D
Saya yakin la, rakyat Malaysia akan lagi “HAPPY” kalau kerajaan cari jalan untuk mengurangkan kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur ni. Less Jam = Less Stress = Less Disease = Less Death, cara ini bukan sekadar mengurangkan kemalangan sahaja tetapi boleh mengurangkan kadar kematian sekali haha =P. Saya tengah meng-fokuskan pasal Jalan Ampang from Ampang Point sampai la ke Melaka Street and Jalan Jelatek sampai ke Wangsa Maju.
Saya merasakan jalan tu terlalu kecil untuk menampung penduduk dan pengguna jalan2 tersebut. Siapalah Town Planning untuk area situ, aiyo~ Punya bersepah Condo, Apartment, Flat, Pangsapuri, Teres, Seme-D, Bungalow tapi jalan 2 lane je yang diberi kepada penduduk area situ ?! Pecah-pecah pulak tu jalan yang terpaksa digunakan, area situ pun ada gak VVIP tapi maybe tak cukup ramai kot. Haha.
Jalan pun tak rata, ada ke patut jalan tu boleh banjir kt atas bukit lak tu. Sistem perparitan pun tak elok la tu, kalau elok mesti tak senang banjir jalan tu. Jadi, saya sangat berharap la yang kerajaan lebih prihatin kepada rakyatnya berkenaan perkara ini dari melaksanakan Camera AES tersebut.

                                                    
                                                    "Unik Itu Akan Dihargai"

Tuesday, 21 August 2012

First Entry

Sekarang ni ramai yang aku tengok suka blog pasal something. Seronok ke blog ni ? Hmm.. Ramai yang blog dekat mana mereka pergi makan, apa yang mereka nampak didalam train sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, gelagat manusia, ada juga yang blog pasal orang yang dia tak suka dan macam-macam lagi la.


Kelakar jugak kadang2 bila ada terbaca cerita yang macam tu. Aku pun nak gak try la blogkan cerita aku, nak test whether seronok ke tak blogging pasal something ni. Hehehe.. Sebab banyak bernda yang aku terfikir dan rasa tapi kadang2 tu aku tak tau patut tanya ke siapa untuk aku dapat jawapannya. Kesian kan ?! Harap bila ada post aku disini ada jugalah yang orang yang terbaca dan boleh berkongsi pendapat mereka dengan aku dan mungkin juga dengan yang lain yang punyai masalah seperti aku. Hahaha..

Ini je lar untuk first entry aku dulu.


"Unik Itu Akan Dihargai"